Entah kenapa aku merasakan diriku ini terlalu hina.....mudah disakiti ....mudah dilukai...terasa rendah diri dikalangan teman2ku. Aku pernah menyimpan impian ingin ke menara gading sehingga kini impian itu masih tetap ada didalam diriku serta igatanku. Namun apakan dayaku kehidupanku sering dilanda musibah yang tidak berkesudahan....aku harus mengorbankan impianku demi keluarga yang mungkin satu-satunya harta yang aku punya di dunia ini. Aku harus memendamkan impian dan hasratku. Tatkala aku melihat dan mendengar teman2ku mendapat peluang kemenara gading aku menjadi sedih ..hiba ...sebak dadaku..., dikala bersama mereka senyuman yang terukir diwajahku hanya untuk melindungi perasaanku yang terlalu terkilan kerana tidak berkesempatan merasai apa yang mereka rasai. Kadangkala aku terasa letih dan tidak berdaya lagi untuk melalui semua ini...ingin sekali aku melelapkan mata untuk selamanya. Terkadang aku terfikir ....aku hanya mementingkan kebahagiaan orang namun bagi ku masihkah ada kebahagiaan, aku sering menjaga hati dan perasaan orang lain , namun hati dan perasaan ku masihkah ada yang peduli. Tidak sekali aku menyalahkan takdir walaupun pernah ada terdetik dihati ini.... namun mungkin ini yang telah tertulis...jika memang itu suratanya aku terima ..pasrah pada yang maha kuasa ... hanya dia yang tahu apa yang terbaik untuk umatnya . Jika aku ditakdirkan harus berkorban hingga keakhir hayat demi kebahagiaan orang lain , aku terima .... kerana aku tahu aku jua bukan lah insan yang mulia... namun aku hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan .... yang aku sedar mahupun tidak ... Setiap musibah yang dilalui mungkin ada hikmahnya ... mungkin hikmah itu belum lagi untukku . Hanya yang aku pinta adlah kekuatan , kesabaran serta petunjuk darinya bagiku agar aku bisa melalui semua ini, kerana aku tak tahu bila pula waktu aku akan dijemput olehnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan