Ahad, 15 Julai 2012

KENALI PAYUDARA ANDA


PERIHAL PAYUDARA

March 11th, 2011
KOMPOSISI PAYUDARA
Perihal Payudara Komposisi payudara Payudara mengandungi dua komponen iaitu komponen yang terlibat dengan penghasilan susu dan komponen yang terlibat dengan struktur dan pengangkutan. Permukaan payudara Permukaan payudara diliputi kulit yang melindungi struktur dalaman, serta puting dan bahagian areola.
PERMUKAAN PAYUDARA
Puting adalah satu benjolan, terletak ditengah payudara dan kelihatan lebih gelap daripada warna kulit biasa. Puting mengandungi otot dan ianya mempunyai berbagai bentuk, boleh leper, bulat atau berbentuk kon. Di permukaan puting terdapat berapa liang (pores) yang membolehkan bayi mendapat susu semasa menyusu. Terdapat juga berapa kelenjar ‘sebaceous’ yang menghasilkan bahan pelincir.
Areola merupakan tisu dikeliling puting. Warna areola tergantung kapada warna kulit dan biasa nya kelihatan lebih gelap. Warna ini akan berubah semasa baligh, semasa haid dan semasa hamil. Di permukaan areola terdapat benjolan halus dipanggil Montgomery’s tubercle yang menghasilkan bahan pelincir
TISU DALAMAN PAYUDARA
Di dalam payudara terdapat 15-20 lobus, satiap satu merangkumi berapa lobul atau kelenjar susu. Kelenjar susu ini disambung oleh satu sistem saluran yang akan mengangkut susu kebahagian puting. Komponen yang berfungsi ini dinamakan tisu ‘glandular’
Struktur tisu payudara:
STRUKTUR TISU PAYUDARA
TISU LEMAK, TISU KONEKTIF, SARAF, SALUR DARAH DAN SALUR LIMFA
Tisu  konektif berfungsi sabagai tisu sandaran kapada tisu glandular dan tisu lemak.
Tisu lemak meliputi serta melindungi tisu glandular dan memberikan rupa bentuk payudara.
Payudara wanita yang kurus masih mengandungi  1/3 tisu lemak.
Penghasilan dan pengeluaran susu dipengaruhi oleh perangsangan urat saraf.
Perangsangan urat saraf juga memain peranan semasa aktivit hubungan kelamin.
Sensitiviti payudara berbeza dari masa kesemasa, ianya meningkat apabila fasa subur dan semasa aktiviti hubungan kelamin dan menurun semasa haid.
TISU-TISU LAIN
1) Saluran darah mengangkut zat makanan dan oksigen
2) Cecair yang mengandungi protin, lemak dan gula melintas kapilari atau salur rerambut kepada sel-sel yang akan menyerap dan menggunakan zat-zat ini.
3) Tisu limfa akan menyerap cecair yang berlebihan dan mengalirkan cecair ini semula kapada saluran darah
4) Nodus limfa (lymph nodes) berfungsi sabagai penapis menangkap bacteria, bahan toksin dan sisa-sisa sel. Kelenjar ini didapati berkelumpok diseluruh tubuh dan cecair limfa dari payudara mengalir kepada kelenjar limfa di-kawasan ketiak.
5) Kumpulan otot dibahagian dada iaitu otot pectoralis terletak di bahagian bawah payu dara dan berfungsi sabagai tisu sandaran. Rangka dada terdapat dibawah lapisan otot.
SAIZ DAN BENTUK PAYUDARA
Payudara tidak mempunyai saiz yang ‘normal’. Saiz payudara dipengaruhi oleh keturunan dan jumlah lemak yang didapati didalamnya. Saiz yang besar mengandungi jumlah lemak yang berlebihan, dan biasanya payudara sebelah kiri lebih besar dari kanan. Saiz tidak mepengaruhi penghasilan susu atau mempengaruhi risiko kanser. Bentuk payudara juga berbagai-bagai. Saiz dan bentuk tidak mepengaruhi fungsinya. Tisu payudara juga boleh didapati terletak diantara ketiak dan tulang selangka.
PAYUDARA LELAKI
Lelaki mempunyai tisu payudara yang tidak membesar dan tidak berkembang. Tisu payudara lelaki adalah saperti yang didapati pada gadis yang belum baligh. Tisu ini menggandungi berapa saluran yang dikelilingi oleh sel-sel pipih dan diliputi oleh tisu konnektif. Payudara lelaki boleh dipengaruhi dan dirangsang oleh hormon. ‘Gyneacomastia’ merupakan satu keadaan dimana terdapat pertumbuhan saluran susu dan pembesaran tisu konnektif.
Empat puluh peratus lelaki mengalami pembesaran payudara secara sementara, yang dipercayai akibat pengaruh hormon yang akan merosot selepas satu atau dua tahun. Pembesaran payudara boleh juga terjadi akibat pengaruh ubat atau penyakit. Contohnya termasuklah kegunaan oestrogen untuk rawatan kanser kelenjar prostat, kegunaan digitalis (satu ubat untuk rawatan penyakit jantung) kegunaan reserpine, spiranolactone (ubat untuk rawatan darah tinggi) kegunaan ergotamine (ubat untuk rawatan migrain) dan kegunaan phenytoin (ubat untuk rawatan penyakit sawan) Pembesaran payudara juga didapati pada pesakit kanser buah zakar, pesakit kanser kelenjar adrenal, pesakit cirrhosis hati, pesakit dialysis kronik ginjal dan juga penghidap sindrom Klinefelter.
Sindrom Klinefelter mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko kanser payu dara. Pada lelaki yang gemuk terdapat tisu lemak yang berlebihan dipayudara dan payudara kelihatan membesar tetapi keadaan ini bukanlah ‘gyneacomastia’ sebenarnya.
MENGAPA PAYUDARA DI RASAI BERUBAH DARI MASA KE SEMASA
PERKEMBANGAN PAYUDARA
Perkembangan payudara sudah bermula semasa masih dalam kandungan. Pada lebih kurang 6 minggu umur kehamilan, terjadi penebalan kulit yang dinamakan rabung mamari atau talian susu (milk line). Selepas 6 bulan, penebalan ini terjadi daripada ketiak sahingga kekelangkang, tetapi ini akan diserap semula sahingga tinggal dua dibahagian dada. Bagi bayi perempuan sel-sel ini akan teratur, menjadi dua kelenjar ‘exocrine’ dengan saluran susu menuju puting. Sapanjang hayat saorang wanita payudara sentiasa berubah.
Perubahan saiz dan bentuk akan berlaku semasa baligh dan juga pada tiap-tiap bulan semasa dan selepas haid. Akibat pengaruh hormon, payudara dirasai sakit dan ini akan berakhir selepas putus haid.
Perkembangan payudara akan bermula semasa baligh. Pada masa ini terdapat berlebihan tisu lemak dan perkembangan saluran kelenjar.
Penghasilan susu akan hanya berlaku selepas kehamilan dimana perkembangan seterusnya akan berlaku.
PERUBAHAN SEMASA HAID
Haid adalah akibat perubahan paras hormon. Ini juga mengakibatkan pembesaran saiz payudara dan juga perasaan sakit dipayudara. Puting juga menjadi sensitif dan sakit.
SEMASA PUTUS HAID
Semasa putus haid (menopause) pengaruh hormon oestrogen terhadap semua tisu berkurangan terutama tisu payudara.
Akibatnya payudara kelihatan pipih dan kedudukannya menurun. Payudara juga dirasai sakit. Kadangkala terdapat pula pengaruh hormon yang tidak teratur menyebabkan terjadi pembesaran saiz payudara. Sungguh pun sudah putus haid, payudara masih peka terhadap rangsangan semasa perhubungan kelamin.
SEMASA USIA TUA
Selepas putus haid payudara tidak akan mengalami perkembangan lagi.