Khamis, 17 Julai 2014

Sudah Ketentuan ....

Tanggal 17/07/2014 terjadi satu lagi trajedi buat negara kita malaysia apabila pesawat MAS MH17 telah terhempas dan terbakar .. Di kala penantian umat islam yang akan menyambut Hari raya aidilfitri 10 hari je lagi.. tentunya merundum hati semua umat islam .. Pastinya kesedihan menyelubungi setiap sudut hati & naluri .. apatah lagi kesedihan ahli keluarga mereka. Namun apa yang boleh kite lakukan sedekahkan Al-fatihah kepada semua mangsa yang terlibat & janganla membuat spekulasi yang bukan-bukan biarlah pihak yang bertanggungjawab sahaja yang memeberi penerangan ... Jaganlah ditambah kesedihan yang ade ... Buat keluarga penumpang MH17 banyakkan bersabar... bahawasanya ini sudah ketentuan ... AL-FATIHAH..

Rabu, 18 Jun 2014

11 Hadiah Hari Jadi Yang Sesuai Untuk Lelaki

Disini aku senaraikan benda yang sesuai dan boleh dijadikan hadiah hari jadi untuk lelaki antaranya :

1. Minyak wangi
Lelaki ada dua jenis satu jenis pemakai minyak wangi, satu lagi sebaliknya. So kenal pasti si dia jenis yang bagaimana. Takut kalau dia memang tak suka pakai perfume mungkin sebab alergic. Macam buah hati aku tu dia memang tak suka dengan perfume. Katanya lelaki sejati tak pakai perfume-perfume bagai ni. Bau lelaki sejati lagi best kot! huhu. Tapi memang pun. Aku rasa la kan, korang tak tahu la kan. hehe.


2. Wallet
Hadiah nie paling famous kot. Wallet dan lelaki mana boleh dipisahkan kan? Tapi kalau nak beli janganlah beli wallet cap ayam. Memang confirm si dia tak akan pakai. Kalau boleh kan kita tengok wallet sidia yang sedia ada. Then kalau nak bagi hadiah beli wallet pattern lain dari yang dia pakai. Baru si dia lebih teruja. Dulu aku dah pernah bagi wallet dekat buah hati sebab wallet dia dulu dah lusuh. Sekarang ni aku tengok masih ok lagi so tak perlu la kot nak beli wallet untuk dia lagi kan.


3. Belt @ tali pinggang
Yang nie pon kebiasaan lelaki mempunyai banyak koleksi belt / tali pinggang. So boleh jer kalau kita nak bagi tali pinggang untuk si dia. Bila si dia pakai terus teringat kat kita ? Eh, ye ke ? hehe. 2 tahun lepas dah pernah bagi belt untuk buah hati ternyata dia memang suka sangat dengan belt tu sebab selalu tengok dia pakai belt aku bagi tu.


4. Baju
Ramai orang kata bila bercinta, bertunang ker tak elok bagi baju kepada pasangan kerana nanti hubungan pasangan tu tak kekal lama. Yang ni memang aku bangkang! Ingat jodoh adalah kuasa Tuhan. Kalau pon kau kata sebab baju itu adalah kebetulan semata-mata. Almost 4 years dah kenal dengan buah hati ni rasanya dah banyak sangat aku bagi baju kat dia tapi my relationship Alhamdulillah masih lagi kekal sampai sekarang. :)  So gurls jangan percaya dengan kepercayaan karut ok!  


5. Jam
Kalau nak bagi hadiah jam memang perlukan kos lebih sikit lah. Sebab semua orang tahu harga jam of course beratus-ratus kan. Takkan nak beli yang cap ayam kot ? So kalau tak ada duit beratus-ratus tu lupakan jer lah hasrat untuk memberi jam. Sebab? Tahu kan lelaki pentingkan kualiti? Kenalpasti si dia suka style jam yang bagaimana then barulah memilih. Setakat ni memang tak pernah bagi jam lagi dekat buah hati sebab dia memang tak suka pakai jam. So tak payah la aku nak susah-susah bagi dia jam kan. Bos dia bagi jam pon dia simpan je, bila time meeting atau day dengan bos dia barulah nak pakai jam tu. Boleh pulak macam tu. ishx3


6. Pen 
Hadiah pen paling exclusive bagi aku. Walaupon simple tapi sangat bermakna dan penting kepada lelaki yang berkerjaya. Tak percaya tanya lelaki. Eh, betol ke? hehe. Tapi memang tak penah terfikir nak bagi pon dekat buah hati sebab dia bukan suka pegang-pegang pen ni even pon dia lelaki yang bekerjaya. Nak signature pon malas, secocet je dia sign. haha. Kutuk buah hati sekali sekala apa ada hal, ye tak ? :P


7. Gadget
Wah!!! hadiah yang nie paling ditunggu oleh lelaki. Kalau dia pakai handphone 3310, korang upgrade lah handpone yang si dia pakai. Kalau kau tahu si dia aim ipad dan kau mampu, so tak salah kalau kau memenuhi impian si dia. Pasti si dia suka :) Ataupon gadget lain seperti mp4, ps3 atau laptop misalnya? Tapi for me memang tak mampu la kan nak beli gadget mahal-mahal tu untuk buah hati. Tapi kalau aku mampu sekalipon aku tak beli jugak gadget mahal-mahal untuk dia sebab dia bukannya suka pon. Handset dia yang mahal-mahal sume dia campak masuk dalam air. Last-last handset cokia jugak dia pakainya. Bagi dia asal boleh call orang sudah. huhu.


8. Aksesori
Kalau bab aksesori nie luas. Banyak benda korang boleh bagi contoh kalau si dia sukakan fotografi, kau boleh belikan lens ataupon yang berkaitan dengan kamera. Kalau si dia sukakan komik boleh belikan si dia kartun ataupon gundam. Ataupon kalau si dia kaki bola boleh belikan kasut bola sebagai hadiah. sweet kan? Buah hati aku tu memang kaki bola tapi tak de maknanya nak bagi dia hadiah kasut bola sebab kasut bola dia dah melambak. Membazir je aku beli karang tak pakai jugak. 


9. Majlis hari jadi
Perasan tak lelaki jenis tak kisah kalau tak celebrate hari jadi mereka? So apa kata bila tiba hari jadi mereka kita buat suprise party untuk mereka. Pasti mereka teruja dan terharu. Hmm maybe bila dah kahwin nanti la baru aku buat suprise party untuk si buah hati. hehe. 


10. DIY birthday card
Haaa DIY birthday card memerlukan kreativiti kita. So u olss boleh jer google untuk cari idea membuat birthday card untuk mereka. Pasti mereka rasa lebih dihargai kerana kita sanggup membuat sendiri dari membeli. :P


11. Kasih sayang
Yang nie lebih besar dari 10 kat atas. Kasih sayang yang mereka perlukan dari kita melebihi dari kebendaan. Pada mereka memadai sekiranya kita sayang mereka dan itu merupakan hadiah paling besar untuk mereka. Ye yang ni aku setuju. Kadang tu aku pernah jugak tak bagi apa-apa masa birthday dia, just ucapan je yang mampu aku berikan. Si dia memang tak kisah pon sebenarnya tapi kita orang pompuan je yang over-over sikit kan. huhu.


Susah sebenarnya nak cari hadiah untuk lelaki. Tapi untuk perempuan paling senang nak cari. Dan ini pon diakui sendiri oleh kaum lelaki kan? So kesimpulannya kenalpasti lah keinginan dan kehendak pasangan atau lelaki itu untuk memudahkan kita mencari hadiah yang sesuai untuk mereka.

Selasa, 10 Jun 2014

Di Sebalik Pertemuan

Oktober 2009 bln dimana Ros berpindah ketempat baru . Suasana baru , kenalan baru, dan skop kerja yang baru. Sebulan yang pertama semuanya berlaku macam biasa tiada apa yang berlaku namun apabila detik perteman permulaan berpindah yang berlaku hanya diam membisu bertukar menjadi benih kepetahan tuk ros berbicara serta beramah mesra ia juga menimbulkan rasa keserasian ros dengan salah seorang staff ditempatnya iaitu seorang pegawai bernama Shamsul Kamal. Shamsul seorang yang serba serbi kebolehannya dia sudah pun berkahwin dan mempunyai 1 anak hasil perkahwinannya yang terkini dan 3 orang anak hasil perkahwinannya dengan arwah isterinya yang pertama . (BErsambung)

Rabu, 7 Mei 2014

Allah S.W.T berfirman :

   "Ketika aku menciptakan seorang wanita ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
   "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
     "Aku memberikannya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
     "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
     " Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
      "Dan akhirnya, aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
    "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
    "CINTANYA TANPA SYARAT."

Keindahan seorang insan bernama WANITA

Ketika Allah S.W.T menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,
"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, ya allah ???'

Allah menjawab
'Sudahkah engkau melihat dengan teliti setiap yang telagh aku ciptakan untuk wanita?'
Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,
"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"

Allah menjawab,"Tidakkah kau tahun, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"ya allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???" , tanya malaikat.

Allah melanjutkan, "Air mata adalah salah satu cara dia menunujukan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian,penderitaan , dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempersona lelaki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri. Dia juga mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu bahkan tertawa ketika ketakutan. Dia juga sanggup berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan ,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang.
Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya , dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

       


Selasa, 6 Mei 2014

Lame rasanya tak ku coretkan sedikit bingkisan buat perkongsian bersama . Alhamdulillah dengan adanya kehadiran NUR HASYA SALSABILA dlm hdupku memberi banyak kekuatan kepada diriku, kehadirannya juga banyak menyunting kekuatan,semangat yang sebelum ini tidak pernah keluar dari kelompok keselesaanku.
Tanggal 20 MAC 2014 genap setahun usia puteriku .. Ummi doakan anak ummi sentiasa dirahmati selalu dan akan trus menjadi obor semangat dalm hidup ummi , akan ummi tempuhi segala kepayahan demi mu wahai anak.


Selasa, 5 November 2013

SET RESDUNG/ALERGY/ECZEMA/ASTHMA

-Bersin setiap pagi

-Gatal telinga & tekak

-Mengalir cecair putih setiap masa

-Batuk berkahak

-Nafas berbau

-Gatal hidung & mata

-Sakit kepala

-Sakit gusi
  
 Ha... jaga-jaga itu tanda resdung sedang berada dalam diri anda .. : - 
 
Resdung   

Resdung ialah merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit.Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka.Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.Simptom resdung ialah seperti sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mulut berbau busu
k,mata gatal-gatal,penglihatan kabur,telinga gatal,seluruh muka gatal,jerawat biasa atau batu,muka berbintik hitam,kahak banyak di kerongkong,gatal pada badan tertentu serta hidung berdarah.

Dengan pengambilan Vitamin C Shaklee secara konsisten, ia mampu merawat penyakit resdung yang kronik tanpa perlu membuat rawatan resdung. Hanya perlu mengambil 1 kapsul sehari sudah mampu merawat masalah resdung yang anda hidapi, di awal pengambilan disarankan mengambil 2 kapsul sehari iaitu pada waktu pagi dan malam, setelah sebulan pengambilan Vitamin C, anda boleh mengurangkan pengambilan dari 2 kapsul kepada 1 kapsul setiap hari.